Bahan yang diperlukan:

 

Bahan-bahan
• 1 cawan tepung
• 1 sudu besar gula perang
• 2 sudu kecil serbuk penaik
• ½ sudu kecil garam
• 2/3 cawan susu
• 2 sudu besar madu
• 6 biji kurma, cincang
• ¼ cawan mentega, dicairkan
• 2 biji telur
• ½ sudu kecil perisa vanila

Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Campurkan serbuk penaik, gula dan garam. Gaul sebati
2. Masukkan mentega, telur, perisa vanilla, madu dan susu ke dalam adunan. Pukul sebati sehingga tiada lagi ketulan tepung. Gaulkan masuk kurma
3. Sapukan mentega / minyak sayuran kepada mesin pembuat wafel
4. Letakkan adunan wafel ke dalam mesin pembuat wafel dan masak selama beberapa minit
5. Wafel kurma madu kini sedia untuk dihidang

 

Tips:

1) Sapukan mentega atau minyak pada mesin wafel supaya ianya tidak melekat
2) Kalau takde mesin wafel, adunan ini boleh digunakan utk buat lempeng dimasak atas kuali
3) Kalo nak kurangkan manisnya takyah letak gula, guna madu sahaja

Komen dgn Fesbuk

komen