Bahan yang diperlukan:

 

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • ½ cawan bawang Holland
  • ½ cawan lobak merah, potong dadu
  • ½ cawan daun saderi, potong dadu
  • 1 cawan ayam cincang
  • 2 ulas garlic, kisar
  • 2 sudu besar puri tomato
  • ½ cawan air
  • ½ cawan daun pasli
  • ¼ cawan krim masak
  • secubit garam
  • secubit lada hitam
  • 2 cawan pasta, siap dimasak

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak zaitun didalam periuk
  2. Masukkan bawang merah, lobak merah dan daun saderi. Masak sehingga garing
  3. Masukkan ayam, garam dan lada hitam dan masak sehingga ayam berwarna putih
  4. Tambahkan puri tomato dan air ke dalam masakan. Masak sehingga kuah pekat
  5. Masukkan daun pasli dan biarkan ia reneh seketika
  6. Kemudian masukkan krim dan gaul sebati
  7. Biarkan ia masak seketika kira-kira 5-10 minit
  8. Sediakan pasta yang telah dimasak di dalam pinggan dan tuangkan sos tomato berkrim yang telah dimasak diatas
  9. Pasta dengan sos tomato berkrim sedia untuk dihidang

Tips:

  1. Kalo nak pasta masak senpurna pastikan air mendidih sebelum masukkannya utk dimasak
  2. Tengok puri tomato apa yang digunakan.. kalo terlalu masam bole seimbangkan dengan menambah krim lebih ataupun sedikit madu / gula
  3. Nak lagi sihat gunakan pasta gandum penuh

Komen dgn Fesbuk

komen