Bahan yang diperlukan:

 

  • ¾ cawan tepung gandum
  • 2/4 cawan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • ½ sudu teh perisa vanilla
  • ½ cawan beri biru
  • ¼ cawan kurma

 

Cara membuatnya:

  1. Gaulkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk besar
  2. Gaulkan minyak, telur, susu dan perisa vanilla didalam satu mangkuk. Pukul sehingga kembang
  3. Campurkan 2 adunan tersebut menjadi 1 adunan di dalam mangkuk besar
  4. Masukkan beri biru dan kurma ke dalam adunan. Gaul sebati
  5. Isikan adunan ke dalam cawan kertas muffin sehingga ¾ penuh
  6. Bakar 180°C selama 20 minit

Tips:

  1. Jangan gaulkan adunan terlalu lama supaya muffin tidak menjadi keras
  2. Pastikan ketuhar / air fryer dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan
  3. Kalau takde air fryer guna je ketuhar… kalo air fryer lebih cepat tapi kurangkan suhu kpd 180°C

Komen dgn Fesbuk

komen