Bahan yang diperlukan

Bahan doh pau:

  • 1 cawan tepung pau, diayak
  • ¾ cawan air suam
  • 5g yis
  • 1/3 cawan gula
  • ¼ cawan lemak sayuran
  • 1 ½ sudu teh serbuk penaik, diayak

Bahan inti ayam:

  • 2 ketul ayam (bahagian dada)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh minyak sayuran
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji bawang merah, dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh lada putih
  • 1/3 cawan air

Cara membuat doh:

  1. Larutkan yis di dalam air suam selama 10 minit
  2. Masukkan gula dan lemak sayuran ke dalam mangkuk pengisar. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan
  4. Masukkan campuran yis dan air. Gaul sebati.
  5. Ulikan doh menggunakan mesin pengadun (atau dengan tangan) ­­­­­selama 5 minit sehingga doh lembut dan tidak melekat.
  6. Bentukkan doh kepada bentuk bulat dan simpan di dalam mangkuk bersama penutup. Letakkan di tempat yang tertutup. Biarkan ia mengembang sehingga tiga kali ganda dari saiz asal.

Cara membuat inti:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga garing keperangan.
  2. Masukkan ayam, sos tiram, garam, kicap, gula, minyak bijan, dan lada putih. Masak sehingga ayam bertukar warna putih.
  3. Tambahkan tepung jagung bersama air. Biarkan sos menjadi pekat.
  4. Tutup api. Biarkan sejuk seketika atau simpan di dalam peti ais.

Cara membuat pau:

  1. Bulatkan doh yang telah kembang mengikut saiz yang diingini.
  2. Leperkan doh dan letakkan inti di tengah-tengah doh
  3. Bentukkan doh sehingga bulat atau mengikut citarasa masing-masing
  4. Kukus pau di dalam mesin pengukus yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  5. Hidangkan ketika panas

Tips:

  1. Kalo nak pau tu betul betul gebu… pastikan gunakan sukatan yis yang betul dan jangan guna tepung sebarangan… tepung pau atau tepung roti tau!
  2. Jangan kurang sabar… masa rehat utk doh pau adalah utk pastikan ianya akan menjadi cukup lembut bila dimasak nanti
  3. Jangan gelojoh sgt nak letak inti bertimbun.. hehe. Hasilnya inti akan meletup terkeluar

Komen dgn Fesbuk

komen