Bahan yang diperlukan:

 

  • 200gram Daging (potong kecil2)
  • ¼ cawan Udang Kering
  • 3 ulas Bawang Merah (hiris)
  • 2 ulas Bawang Putih (hiris)
  • 2cm Halia (hiris)
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1/2 sudu teh Lada Hitam
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 2 cawan Santan
  • 6 cawan air
  • 1 Lobak merah (potong dadu)
  • 4 biji kurma (potong dadu)
  • Secubit Garam
  • 1 cawan Beras, direndam terlebih dahulu

Cara Membuatnya:

  1. Tumiskan bawang merah, bawah putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga
  2. Masukkan udang kering dan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan lobak merak, serai, kurma dan daging ke dalam periuk. Masak sehingga daging menjadi keperangan.
  4. Masukkan beras, santan, garam dan lada hitam ke dalam periuk dan gaul sekata
  5. Masukkan air. Kacau seketika
  6. Tutupkan penutup periuk dan biarkan ia masak seketika
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:

Kalo nak simpankan bubur dan pastikan ianya tidak cepat basi :

  1. Pastikan ianya betul betul sejuk sebelum tutupkan bekas makanan dan simpan dalam peti sejuk
  2. Masakkan bubur tanpa santan dulu, bila nak panaskan kembali untuk dihidangkan, boleh la masukkan santan
  3. Pastikan bekas dan penutup yang digunakan betul-betul kering

Komen dgn Fesbuk

komen