Bahan yang digunakan:

 

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • ½ sudu teh garam
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 biji telur
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu besar susu
  • ½ sudu teh oregano
  • 4 keping roti
  • Sedikit mentega

Cara membuat:

  1. Masukkan telur, garam, lada hitam, susu, dan oregano ke dalam mangkuk.
  2. Pukul sehingga kembang
  3. Panaskan kuali dengan minyak zaitun.
  4. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  5. Masukkan adunan telur dan kacau sehingga telur hancur dan masak
  6. Di dalam kuali yang berasingan, bakar roti yang telah disapu mentega.
  7. Hidang roti bakar Bersama telur hancur

Tips:

1) Supaya telur tidak melekat letakkan sedikit minyak atau mentega pada kuali
2) Nak lagi sihat dan kurangkan penggunaan lemak, gunakan kuali anti-lekat
3) Bila gunakan kuali anti lekat, pastikan anda tidak menggunakan senduk dan sudip besi yang dapat mencalarkan permukaan kuali

 

Komen dgn Fesbuk

komen