Bahan:

 

• 1 ½ cawan tepung
• 2 sudu besar gula
• 1 sudu besar serbuk penaik
• ¾ sudu teh garam
• 1 ¼ cawan susu
• 1 biji telur
• 4 sudu besar mentega, dicairkan
• 1 sudu teh esen vanilla
• 5 biji kurma

Cara membuat:
1) Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk bersama gula. Pukulkan sehingga gula larut
2) Masukkan telur, esen vanilla dan separuh susu ke dalam adunan. Gaul sebati.
3) Campurkan tepung bersama serbuk penaik dan garam. Masukkan ke dalam adunan.
4) Masukkan sebahagian lagi susu yang tinggal ke dalam adunan. Gaul sehingga tiada ketulan tepung.
5) Masukkan kurma dan gaul sehingga adunan sebati.
6) Panaskan kuali dan sapu dengan mentega
7) Tuangkan adunan pankek ke dalam kuali yang panas dan leperkan sehingga membentuk pankek
8) Terbalikkan pankek selepas 2 minit dan terus masak sehingga pankek menjadi keperangan.
9) Pankek sedia untuk dihidangkan.

Tips:
1) kalo nak pastikan adunan tidak berketul, bole jugak masukkan kesemua bahan adunan kecuali kurma dalam blender dan kisarkan
2) Pastikan kuali diletakkan sedikit minyak atau mentega supaya penkek tidak melekat
3) kalau bahagian atasnya masih berair maksudnya penkek belum sedia utk dibalikkan

Komen dgn Fesbuk

komen