Bahan:
• 2 sudu besar minyak zaitun
• 600g daging kambing
• 1 biji bawang, potong dadu
• 4 ulas bawang putih, cincang kasar
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh lada hitam
• 1 sudu teh serbuk jintan putih
• 1 sudu teh serbuk ketumbar
• 1 sudu teh serbuk kunyit
• 1 sudu teh serbuk kayu manis
• 2 sudu besar pes tomato
• 2 sudu besar madu
• 1 ¼ cawan air
• ½ cawan kacang kuda
• ¼ cawan kismis
• 1 sudu besar daun ketumbar, dicincang

Cara membuat:
1) Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2) Masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, dan serbuk kayu manis ke dalam periuk. Kacau.
3) Masukkan pes tomato diikuti dengan daging kambing dan madu. Gaul sehingga kesemua ketulan kambing disaluti bahan tumisan.
4) Masukkan kacang kuda, kismis, garam, dan lada hitam ke dalam periuk dan gaul sekata
5) Masukkan air dan kacau seketika.
6) Tutup periuk dan biarkan ia masak
7) Taburkan daun ketumbar ke atas stew kambing yang telah dimasak

Tips:
1) Utk buat stew ni dengan lebih cepat, guna jer periuk tekanan
2) Kalau nak kurangkan bau kambing, boleh la rendamkan dengan sedikit tepung sebelum digunakan.
3) Sangaikan rempah ratus sebelum digunakan utk aroma maksima

Komen dgn Fesbuk

komen