Bahan:

 

• 1 sudu besar minyak zaitun
• ½ cawan bawang kuning
• ½ cawan lobak merah, potong dadu
• ½ cawan daun saderi, potong dadu
• 1 cawan ayam cincang
2 ulas bawang putih, kisar
• 2 sudu besar puri tomato
• ½ cawan air
• ½ cawan daun pasli
• ¼ cawan krim putar
• secubit garam
• secubit lada hitam
• tortilla wrap
• keju mozarella

Cara membuat:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, lobak merah dan daun saderi. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan ayam, garam dan lada hitam dan masak sehingga ayam berwarna putih.
4. Tambahkan puri tomato dan air kedalam masakan. Masak sehingga kuah pekat.
5. Masukkan daun pasli dan biarkan ia reneh seketika.
6. Kemudian masukkan krim dan gaul sebati.
7. Biarkan sos masak seketika kira-kira 5-10 minit
8. lumurkan sos Bolognese di atas tortilla wrap dan diakhiri dengan taburan keju mozzarella
9. bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C selama 7-12 minit

Tips:
1) Takde tortilla guna saja roti
2) Sapukan minyak atau mentega pada loyang pembakar supaya pizza tidak melekat
3) Pastikan sos bolognaise tidak terlalu cair … kalo tidak kulit pizza akan tidak ranggup .. kalo berair sangat masak atas api sehingga kering sedikit sebelum dijadikan topoing pizza

Komen dgn Fesbuk

komen