Bahan:

 

• 2 cawan nasi
• ½ cawan ayam, cincang
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar kicap pekat
• 1 sudu kecil sos ikan
• 1 ulas bawang putih, dicincang
• 3 helai daun kesum
• Kacang panjang, dihiris nipis
• Bawang merah, dihiris nipis
• Telur

Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam cincang, kicap manis, kicap pekat, dan sos ikan. Panaskan sambil mengacau sehingga ayam masak sepenuhnya.
3. Masukkan daun kesum dan kacang panjang. Tumiskan sehingga kacang panjang lembut.
4. Pecahkan telur dan gaul sebati sehingga telur masak
5. Masukkan nasi dan gaul sekata

Tips:
1) Kurangkan penggunaan minyak dengan menggunakan kuali anti lekat
2) Kalo nak segarkan kembali ulam yang dah layu boleh rendamkan dalam air sejuk
3) Lebih menarik teksturnya kalo menggunakan nasi semalaman

Komen dgn Fesbuk

komen