Bahan:

 

• 2 cawan cendawan, dihiris halus
• 2 bawang merah
• 2 ulas bawang putih, dicincang harus
• 2 sudu besar mentega
• 3 sudu besar tepung
• 2 cawan air rebusan ayam
• 1 cawan krim/susu
• ½ sudu teh garam
• ¼ sudu teh lada hitam
• ¼ sudu teh serbuk buah pala

Cara Membuat: 
1. Cairkan mentega didalam periuk
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cendawan. Tumis sehingga naik bau
3. Masukkan separuh tepung dan gaul sehingga pekat
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan gaul sebati
5. Masukkan krim, garam, lada hitam, serbuk buah pala dan lebihan tepung ke dalam periuk. Gaul sehingga pekat dengan api sederhana
6. Biarkan reneh seketika.
7. tutup api dan sedia untuk dihidang.

Tips:
1) Pastikan tepung dimasak sepenuhnya sebelum masukkan bahan lain
2) Kalao nak simpan lebih lama, masak semua bahan tanpa krim dan masukkan bila nak dipanaskan kembali untuk dihidangkan
3) Boleh gunakan cendawan pilihan tapi jangan gunakan yang bau kuat seperti cendawan shitake

Komen dgn Fesbuk

komen