Bahan-bahan:

 

• 1 sudu besar minyak zaitun
• 1/4 bawang Holland, dicincang
• 1/2 lada benggala, dihiris
• 1/2 kentang, dipotong dadu
• 1/4 sudu kecil garam
• 1/4 sudu kecil lada hitam
• 2 biji telur
• 2 keping tortilla penuh gandum
• 6 sudu besar mozzarella cheese

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Masukkan bawang, lada benggala dan kentang. Perasakan dengan garam dan lada hitam
3. Masak sehingga kentang lembut
4. Panaskan minyak dlm kuali yang lain
5. Pecahkan telur dan gaul sehingga telur hancur.
6. Perasakan dgn garam. Gaul sehingga masak
7. Taburkan keju ke atas kepingan tortilla dan bakar selama 30 saat di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C
8. Kemudian letakkan campuran kentang dan sayuran bersama telur hancur yang telah dimasak di atas tortilla.
9. Lipat tortilla tersebut sehingga membentuk seperti burrito

Tips:
1) Pilih tortilla gandum penuh utk tingkatkan pengambilan serat dlm bulan ramadhan
2) Boleh jer gantikan telur dengan protein lain seperti udang atau ikan tuna
3) Kalau nk kurangkan lemak dalam hidangan ini, boleh kurangkan taburan keju mozzarella

Komen dgn Fesbuk

komen