Bahan-bahan:

 

Utk kulit tat
10 keping biskut coklat, dibuang inti krim
1/4 cawan mentega, dicairkan

Chocolate Filling:
• 100g coklat gelap, dicincang
• 50g coklat susu, dicincang
• 1/2 cawan krim

Hiasan:
4 strawberi

Cara-cara:
1. Hancurkan biskut coklat.
2. Gaulkan sekali mentega yang telah dicairkan.
3. Ratakan hancuran biskut coklat di dalam acuan tat
4. Sejukkan di dalam peti ais selama 20 minit sehingga ianya mengeras
5. Panaskan krim di dalam periuk.
6. Masukkan coklat gelap dan coklat susu ke dalam periuk. Gaul sehingga coklat cair.
7. Tuangkan campuran coklat ke dalam acuan tat yang telah diletakkan biskut hancur.
8. Sejukkan di dalam peti ais sekali lagi selama 30 minit.

Tips:
1) pastikan api tidak terlalu besar utk elakkan krim pecah dan coklat hangit
2) boleh jugak gantikan biskut coklat dengan biskut lain yang anda suka atau pun bijirin ranggup
3) anda bole hiaskan dengan buah buahan lain seperti pisang

Komen dgn Fesbuk

komen