Bahan-bahan:

 

• 2 kepingan ayam (bahagian dada), potong dadu
• 6 sudu besar minyak zaitun
• 2 sudu kecil serbuk jintan
• 2 sudu kecil serbuk paprika
• 3/4 sudu kecil serbuk kunyit
• 1/4 sudu serbuk bawang putih
• 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
• ¼ sudu kecil serbuk cayenne
• ¼ sudu kecil serbuk pala
• Secubit garam
• Secubit lada hitam
• 3 sudu besar minyak sayuran
• 2 keping tortilla

Cara-cara
Utk perapan:
1) Campurkan minyak zaitun, rempah ratus, garam dan lada hitam didalam satu mangkuk. Gaul sebati untuk dijadikan sos perap
2) Masukkan ayam dan gaul sehingga kesemua bahagian ayam disaluti dengan campuran bahan perapan tadi.
3) Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya sejam
Masak dlm ketuhar
4) Panaskan ketuhar pada suhu 180°C
5) Bakar ayam di dalam ketuhar selama 15 minit
6) Selepas bakar di dalam ketuhar, biarkan ayam sejuk seketika.
7) Kemudian panaskan minyak di dalam kuali
8) Masak ayam sehingga bahagian luarnya garing
9) Letakkan ayam shawarma diatas tortilla bersama sayur pilihan. Lipat mengikut kreativiti masing-masing

Tips:
1) Kalo takde ketuhar, boleh je masak ayam atas api tapi kawal suhunya ye
2) Panaskan wrap dulu sebelum letakkan inti supaya tidak menjadi lembik
3) Jangan curahkan kuah terlalu banyak atas wrap sepuaya tidak menjadi lembik

Komen dgn Fesbuk

komen