Bahan:

 

• 3 ketul ayam, bahagian peha
• 2 cawan beras
• 1 ikat daun bawang
• 1 sudu besar halia, dicincang
• 1 sudu besar kicap
• 1/2 cawan stok ayam
• 1 sudu besar mentega
• Secubit garam
• 2 1/2 cawan air

Sos Kicap:
• 1 sudu besar kicap
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu kecil madu

Langkah penyediaan:
1. Tumiskan dalam periuk nasi daun bawang dan halia dengan mentega sehibgga harum.
2. Masukkan kesemua bahan lain dan biarkan beras ditanak seperti biasa.

Tips:
1) Anda boleh gunakan bahagian ayam lain, tapi bahagian bertulang lah yang akan memberikan rasa yang lebih enak kepada keseluruhan hidangan ini.
2) Tambahkan sos kicap pekat/ cair mengikut tahap kemasinan yang diingini.
3) Langkah menumis penting utk naikkan bau kepada hidangan ini, jadi pastikan bahannya ditumis sehingga cukup harum

Komen dgn Fesbuk

komen