Bahan:

 

• 2 sudu besar mentega, dicairkan
• ½ cawan tepung
• 1 biji telur
• 3 sudu besar susu
• 2 sudu besar gula
• 2 sudu besar gula perang
• 1 sudu kecil serbuk penaik
• ¼ sudu kecil garam
• 4-5 biji kurma, dipotong halus

Langkah penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam, dan serbuk penaik di dalam satu mangkuk. Gaul mesra.
2. Pukul mentega, gula, gula perang, dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan separuh susu ke dalam adunan. Gaul.
4. Masukkan pula campuran tepung ke dalam adunan. Gaul.
5. Masukkan separuh lagi susu yang tinggal ke dalam adunan. Gaul sebati sehingga tiada lagi ketulan tepung.
6. Akhir sekali masukkan kurma yang telah dipotong halus ke dalam adunan. Gaul sebati.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada 180°C selama 15-20 minit.

Tips:
1) Nak lagi sihat, gantikan gula ngan madu
2) Pastikan ketuhar dipanaskan 10-15min sebelum masukkan adunan muffin.
3) Kalo gunakan oven kecik, turunkan suhu skit

Komen dgn Fesbuk

komen