Bahan- bahan:
500g pasta
250g ayam hancur
1 cawan keju parmesan
1 cawan keju mozarella
Secubit garam
Secubit lada hitam
½ sudu kecil basil kering
½ sudu kecil oregano
½ sudu kecil thyme
½ cawan sos tomato
2 ulas bawang putih, cincang
1 ulas bawang besar, cincang
1/3 cawan serbuk roti
¼ cawan minyak sayuran

Langkah – langkah:

1) Panaskan oven 200°C
2) Masak pasta didalam air dan masukkan sedikit garam. Masak s
ehingga pasta lembut
3) Tapiskan air pasta sehingga kering.
4) Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang
besar sehingga
naik bau.
5) Masukkan ayam dan biarkan ia masak.
6) Kemudian masukkan sos tomato, basil, oregano, thyme, garam, dan lada hitam. Gaul
sebati.
7) Akhir sekali masukkan pasta dan masak sehingga sebati. Tutup api.
8) Tuangkan separuh daripada pasta tersebut ke dalam bekas
aluminium. Taburkan ¼ cawan keju mozzarella dan sapu rata sebagai lapisan atas.
9) Kemudian lapiskan dengan separuh lagi pasta sehingga memenuhi bekas aluminium.
10) Taburkan kesemua keju yang tinggal dan serbuk roti dilapisan paling
atas.
11) Bakar selama 20 minit.

Tips:

1) Kalo takde macroni, bole juga gunakan pasta lain, patahkan jadi pendek sebelum direbus dan digunakan seperti dalam resipi.
2) Anda juga dijemput tambahkan sayuran kegemaran anda seperti lobak merah, jagung atau kacang pis atau kesemuanya!
3) Kalo nak kurangkan kalori hidangan boleh je kurangkan kuantiti kejunya

Komen dgn Fesbuk

komen