Bahan:

 

½ cawan kurma
¼ cawan air
¼ sudu kecil soda bikarbonat
50gm mentega
3 sudu besar gula
1 biji telur
¼ cawan tepung naik sendiri
Gula aising, hiasan

Sos Karamel:
½ cawan gula perang
1/3 cawan krim
Secubit esen vanilla
2 sudu besar mentega

Cara:
• Panaskan oven 180°C
• Rendamkan kurma dengan air.
• Masukkan soda bikarbonat. Kacau sehingga ia larut
• Didalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan gula sehingga kembang.
• Masukkan telur dan pukul sehingga kembang.
• Masukkan campuran kurma dan air tadi ke dalam adunan berserta dengan tepung. Gaul sebati.
• Sendukkan adunan kedalam 1/3 cawan bekas kek cawan.
• Bakar selama 15 minit dan biarkan ia sejuk selepas bakar selama 10 minit.
• Panaskan krim di atas api sehingga mendidih sedikit.
• Masukkan krim panas tersebut ke dalam gula perang

Tips
1) pastikan campuran kurma tidak terlalu panas bila dicampurkan dengna adunan yang ada telur.
2) pastikan anda lapikkan loyang dengan kertas pembakar utk elak kek melekat
3) bila buat sosnya hati hati kerana ianya mungkin memercik.

Komen dgn Fesbuk

komen