6 Petua Untuk Melembutkan Telapak Tangan Yang Kasar
Mesti ada diantara anda yang berhadapan dengan masalah telapak tangan kerana terlalu lama terkena air atau sabun ketika berada di dapur
Kali ini Abang Brian nak kongsikan beberapa petua untuk anda haluskan kembali telapak tangan anda. Tidak kira lelaki atau perempuan, semua boleh amalkan petua ini.
- Petua #1 – Guna sabun yang mengandungi scrub atau pelembap untuk menghilangkan sel kulit mati. Jangan buat terlalu kasar ye.
- Petua #2 – Ambil sedikit air dan campurkan dengan sedikit serbuk kopi dan scrub pada telepak tangan anda. Urut perlahan-lahan mengikut arah lawan jam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan menggunakan air suam.
- Petua #3 – Buang kulit kentang dan cuci sehingga bersih. Potong kentang yang sudah dibersihkan dan sapu di atas telepak tangan anda. Biarkan selama 30 minit kemudian cuci sehingga bersih.
- Petua #4 – Potong jerut nipis dalam 2 bahagian dan gosokkan di atas telepak tangan anda. Biarkan selama 20 minit untuk memberikan peluang vitamin C dan asid amino bekerja. Selepas itu basuh dengan menggunakan air sejuk.
- Petua #5 – Gunakan minyak zaitun ataupun minyak kelapa di atas telapak tangan anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
- Petua #6 – Rendam telapak tangan anda ke dalam bekas yang mengandungi susu cair suam selama 20 minit kerana ia mengandungi pelembap yang dapat melembapkan kulit telapak tangan anda dan membunuh kuman.
Abang Brian harap dengan perkongsian ini, telapak tangan anda akan menjadi lembut seperti Abang Brian, hehe.
SELAMAT BERAMAL!

