Senaman Yang Membantu Menegangkan Payudara Anda
Adakah anda percaya bahawa sesetengah senaman boleh membuatkan payudara kelihatan menegang sempurna?
Apa yang anda hanya perlukan adalah satu set dumbbell yang tidak terlalu berat bersama sebiji bola dan tikar senaman. Amalkan senaman ini sebanyak tiga atau empat kali seminggu untuk lihat hasilnya.
Tekan tubi sambil menyentuh bahu secara berulang kali

Berada pada posisi tekan tubi dengan telapak tangan di letakkan di atas tikar senaman. Pastikan jarak di antara kedua-dua belah tangan anda sedikit luas. Tegakkan tubuh dari kepala sehingga ke jari kaki. Anda juga boleh melakukannya dengan posisi lutut diletakkan di atas lantai. Bengkokkan siku untuk pastikan tubuh sedikit rendah dari lantai, berhenti dan bangkit semula pada posisi bersedia serta sebelah tangan menyentuh bahu setiap kali bangun dari posisi rendah. Ulang sebanyak empat pusingan.
Chair dips

Shoulder rounding

Meniarap di atas tikar senaman dan tegakkan kedua-dua belah tangan ke hadapan dengan telapak tangan di letakkan di atas lantai. Pusingkan bahagian bahu serentak pabila anda mengangkat siku ke arah membelakang sambil memastikan bahagian dada diangkat sama dari lantai.
Tumbukan bersilang bersama dumbbell
Pegang satu set dumbbell dan berdiri dengan sebelah kaki di letakkan ke belakang. Berdiri dengan posisi sedikit melutut. Depakan kedua-dua belah tangan dengan pastikan siku dibawah ketinggian bahu. Lakukan pergerakan seakan menumbuk sambil memegang dumbbell. Secara berselang-seli, ulang pergerakan tersebut sebanyak empat set.
Angkat dumbbell dengan pergerakan pusingan lengan
Angkat satu set dumbbell, baring di atas lantai atau pun berbaring di atas sebiji bola senaman dengan lutut dibengkokkan pada kedudukan 90 darjah serta pastikan pinggang berada selaras dengan ketinggian lutut. Pada posisi ini, bengkokkan siku ke arah sisi dan rendahkan dumbbell ke paras dada. Angkat kedua-dua dumbbell secara serentak sambil memusing pergelangan tangan ke arah bertentangan. Ulang sebanyak empat set.
Sumber: eh.com.my & google (gambar)

