Sendawa Kuat Baik Untuk Kesihatan? Jom Tengok Kebenaran Di Sebalik Habit Buruk
Habit yang menggelikan tidak semestinya buruk. Ada antara habit yang kita rasa menjijikkan tapi sebenarnya baik untuk kesihatan. Ada kebaikannya pada tubuh badan kita apabila kita buang angin. sendawa dan banyak habit lain yang kita rasa menjijikkan.
Membersihkan liang telinga dengan putik kapas: TIDAK BAIK untuk kesihatan
Pakar perubatan melarang habit membersihkan liang telinga kerana tahi telinga adalah sihat dan telinga memerlukannya bagi melindungi telinga dan bertindak sebagai agen antibakteria. Jika telinga anda mempunyai cecair yang terlalu sedikit, ia akan membuatkan telinga anda kering dan mudah gatal. Jadi, kita disarankan untuk membersihkan telinga menggunakan tuala basah dan mencuci cuping teling dan bahagian luar liang telinga untuk menjamin kebersihannya.
Sendawa: BAIK untuk kesihatan
Sendawa yang kuat dan berbau ketika menjamu selera pastinya sesuatu perkara yang tidak sopan dan memalukan. Tapi, tahukah anda ia sebenarnya baik untuk perut? Apabila sudah makan dan perut sudah penuh dengan makan, ia pasti terasa berat dan kembung akibat kekenyangan. Sendawa adalah cara tubuh badan kita melepaskan angin yang terperap dalam perut melalui esofagus dan seterusnya mulut. Sendawa sesudah makan adalah normal tapi jika anda tidak berhenti sendawa sepanjang hari, ia bermakna perut anda sudah dipenuhi gas dan angin yang berlebihan.
Buang angin: BAIK untuk kesihatan
Kembung perut adalah kesan normal dan pembuangan angin adalah tindak balas semula jadi yang terhasil dari saluran pencernaan untuk membebaskan sekatan angin dalam tubuh. Ia baik untuk mengelakkan masalah gastrik dan asid berlebihan dalam perut.
Sumber: eh.com.my & Google (gambar)