Tip Ini Bantu Anda Hilangkan ‘Nightmare’ Mencukur Bulu Kaki
Mencukur atau membuang bulu kaki kedengaran mudah sekali. Ye lah, ambil sajalah pencukur dan buangkan semua bulu-bulu yang tidak diingini pada kaki. Tapi kalau salah cukur, bukankah situasi ini akan menjadi lebih teruk? Takutnyaaaa!
Kali ini kami kongsikan 4 teknik yang boleh dicuba untuk membuang bulu kaki.
Gunakan skrub
Skrub kulit anda terlebih dahulu sebelum membuang bulu kaki. Melulur kulit sebelum bercukur dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu untuk mengeluarkan semua bulu-bulus halus yang tersembunyi. Kaedah ini dapat membuatkan proses mencukur anda lebih mudah dan kaki menjadi lebih ‘licin’.
Pilih pisau cukur terbaik
Pastikan anda memilih pisau cukur yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sebagai contoh jika anda mempunyai kulit kering, pilihlah pisau cukur dengan getah yang melembapkan. Memilih pisau cukur yang sesuai dengan anda akan menjadikan kulit kaki lebih lembut dan rerambut halus sukar tumbuh. Dapatkan juga pisau cukur yang mempunyai beberapa bilah pisau.
Cukur Ke Atas
Pastikan pisau cukur melawan arah rerambut. Mulakan mencukur daripada pergelangan kaki dan terus ke atas. Ini adalah salah satu taktik yang membuatkan anda mendapatkan teknik cukuran lebih lancar dan lembut. Bahkan bulu kaki juga lambat tumbuh.
Guna pelembap atau losen
Selepas bercukur dan mandi, sapukan losen atau krim pelebap untuk memberi kesegaran kepala kulit anda. Amalan ini akan dapat melembutkan kulit kaki serta menjadikan rerambut halus pada kaki tidak kasar.
Sumber: rapi.karangkraf.my & google (gambar)

