Berpuluh tahun dahulu, ulam-ulaman menjadi makanan tambahan kepada wanita untuk penjagaan kesihatan serta menambah lazat dalam hidangan. Tetapi rahsia khazanah ini semakin dilupakan.

Ulam boleh didapati daripada beberapa jenis tumbuhan yang boleh dimakan. Ia boleh dimakan secara mentah mahupun dicelur agar mudah dimakan. Ada juga ulam yang perlu direbus dahulu bagi memberi rasa lazat dan menghilangkan pahit.

Seperti sayuran dan buah-buahan, ulam mengandungi khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan mahupun kecantikan. Ini kerana ia dimakan mentah atau dimasak seketika sekali gus mengelakkan mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium dimusnahkan oleh haba. Jom ketahui ulam membekalkan serat yang penting untuk sistem penghadaman manusia dan memudahkan perkumuhan.

Jering

Mengandungi kebaikan sama seperti petai, ia dapat mengubati penyakit kencing manis. Kandungan sebatian alkaloid dapat meneutralkan paras gula dalam badan.

Ulam Pegaga

Ulam ini diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak serta membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Petai

Meski berbau busuk, namun khasiatnya sangat mengagumkan. Menurut kajian, petai mengandungi kandungan protein lapan peratus lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Antara kebaikan lain adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, Vitamin A, B1, B2 dan C. Petai dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, penyakit jantung dan mencuci buah pinggang.

Komen dgn Fesbuk

komen