Petua Menyimpan Duit Dengan Mengikut Jadual Yang Sangat Mudah
Rasanya semua sudah sedia maklum tentang ekonomi negara yang semakin membimbangkan dan peluang pekerjaan yang semakin berkurangan.
Kebanyakkan rakyat Malaysia mempunyai sikap yang suka complaint tentang kekurangan wang yang dialami oleh mereka. Apa kata kita mulakan sikap suka menabung demi untuk menjamin masa depan.
Ingat, sebelum ingin memulakan projek menabung ini pastikan anda mempunyai sikap displin yang kuat dalam diri anda. Sikap displin ini sangat penting untuk mengajar diri anda supaya tidak mengambil wang yang sudah disimpan dalam tabung anda.
Jom kita tengok antara tips yang boleh anda guna pakai untuk menyimpan duit. Cuba anda hayati sendiri betapa banyaknya wang yang dapat anda kumpul jika anda memulakan misi menabung mulai hari ini.
Cara #1 : Menyimpan selama 52 minggu. Mula dengan RM52 pada minggu pertama dan hasilnya anda bakal menyimpan sebanyak RM1378. Pergh, banyak tu!!

Cara #2 : Mulakan simpanan anda selama 52 minggu. Cuma yang ini anda boleh mula dengan jumlah yang kecil iaitu RM1. Jumlah wang terkumpul untuk setahun juga sama banyak, RM1378.

Cara #3 : 1 Tahun = RM1000. Jika yang hendak tetapkan simpanan RM1000 untuk setiap tahun, jom Abang Brian kongsikan simpanan mingguan selama setahun.

Cara #4 : Jadual kali ini sedikit mustahil untuk anda ikut, sebab anda perlu menyimpan RM35 setiap hari selama sebulan. Tapi hasilnya lumayan, setiap hujung bulan anda mempunyai baki sebanyak RM1050! Siapa tak nak kan?

Cara #5 : Kali ini Abang Brian ringkaskan kepada simpanan bulanan untuk anda menyenangkan diri anda. Pada setiap 6 bulan pertama, anda wajib menyimpan RM25 hingga RM150. Bila dapat gaji terus sahaja simpan didalam tabung. Secara tidak sedar sudah ada RM1050!

Cara #6 : Hanya dari RM1, anda boleh mengumpul RM70 setiap bulan. Bayangkan RM70 x 12 bulan = RM840 setahun!

Haa Abang Brian dengan perkongsian ini dapat memberikan anda manfaat dan apa yang penting, jangan amalkan sikap suka mengorek tabung anda! Say no no no!
Sumber : Wanista

