Ramai yang beranggapan bahawa penggunaan inai pada rambut, jari tangan dan kaki hanya boleh diguna pakai oleh individu yang bakal menjadi pengantin sahaja. Siapa kata? SILAP!

Sebenarnya untuk pengetahuan anda, inai mempunyai banyak kebaikan jika anda memakainya. Antaranya seperti:

  • Pewarna rambut semulajadi

Jika anda teringin memiliki rambut perang, cubalah dengan inai kerana ia 100% semulajadi. Malah ia juga mampu menutup uban dan memberi effect warna semulajadi rambut. Tapi hati-hati, inai boleh menyebabkan rambut kering, apa yang boleh anda lakukan campurkan inai bersama telur. Rambut lebih lembut dan kurang kering bersama adunan ini. 

  • Mengawal masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala 

Inai mempunyai kuasa antimikrob dan antikulat iaitu potensi merawat kelumumur disamping memberi hasil rambut berkilat dan sihat. 

  • Perapi rambut semulajadi 

Walaupun inai meninggalkan kesan kering pada rambut, tapi bila ia dicampur dengan telur, ia menjadi sangat lembab. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai mask atau perapi untuk rambut kekal lembab. 

  • Rawatan untuk hujung rambut bercabang 

Campurkan serbuk inai bersama minyak avocado dan telur, kemudian sapukan diseluruh kawasan rambut. Selepas 2 jam, cuci rambut dengan air suam. 

  • Tiada lagi rambut gugur 

Inai mampu mengawal masalah rambut gugur dan melebatkan lagi pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba mask inai bersama biji halba. Rendam biji halba semalaman, kemudian campurkan bersama serbuk inai dan serbuk buah amla (indian gooseberry). Sapukan pada rambut, biar selama 2-3 jam dan cuci bersama air suam. 

  • Kuku sihat dengan inai 

Kuku juga sama seperti rambut dan kulit mempunyai sumber protein dipanggil keratin, jadi ia juga memerlukan rawatan sama seperti kulit dan rambut. Penggunaan inai di kuku merupakan satu cara semulajadi menghasilkan kuku yang kuat dan sihat. 

Tak sangka kan, bukan sahaja dapat menjadi hiasan malahan inai juga mempunyai kebaikan tersendiri. Kalau masih ada lagi yang tak mahu berinai, rugi lah uolls! Hehe.

Sumber : wanista

Komen dgn Fesbuk

komen