Air putih bersih sememangnya sangat baik untuk kesihatan kita tidak kira dalaman mahupun luaran. Tetapi tidak dinafikan ada segelintir kita yang kurang suka untuk mengamalkan minum air putih.

Haa apa kata anda cuba campurkan beberapa bahan dalam air putih untuk menaikkan selera anda. Bukan itu sahaja, anda akan dapat banyak manfaat daripadanya.

Nak tahu apa bahan yang diperlukan dan khasiatnya? Jom Abang Brian bongkarkan!

  • Teh hijau, pudina dan limau nipis
    Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala dan pernafasan.
  • Strawberri dan kiwi
    Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah) dan dapat seimbangkan gula dalam darah.
  • Timun, limau nipis dan lemon
    Mengatasi masalah muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan dan pencernaan.
  • Lemon, limau nipis dan oren
    Untuk vitamin C dalam badan, sistem imunisasi dan mengelak pedih ulu hati.

Apa yang Abang Brian nak pesan, minuman diatas ini perlu di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam sahaja ye. Kalau selepas tempoh itu, silalah rajinkan diri untuk buat air baru.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : petua.org

Komen dgn Fesbuk

komen