Mesti anda pernah nampak tukang masak di restoran mewah atau pun hotel memakai topi putih yang tinggi, rendah dan sederhana kan? Tapi apa bezanya ketiga-tiga topi ini?

topi-koki-oval-kertas-full-setHaa sebenarnya ada bezanya tau. Jom baca perbezaan topi-topi ini yang telah Abang Brian kongsikan untuk anda. Manalah tahu ada yang bercita-cita untuk menjadi seorang chef kan lepas pada ini. 

  • Maksud Utama

Topi putih yang sering dipakai oleh chef sebenarnya mempunyai maksud disebalik ketinggian topi tersebut. Semakin tinggi topi itu, ia bermaksud mereka sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Bukan itu sahaja, ia juga membawa maksud pada tahap mana position seseorang chef itu.

  • Kebersihan Diutamakan

Tidak kira hotel, restorang mewah mahupun gerai biasa, tukang masak seharusnya memakai penutup kepala untuk menjaga kebersihan ketika berada di dapur terutamanya rambut! Yela manalah tahu kan tiba-tiba rambut gugur ke time masak, tak pasal-pasal customers termakan rambut anda!

  • Keselesaan

Topi putih yang selalu diguna pakai oleh chef diperbuat daripada bahan yang membolehkan pelepasan haba dan peredaran udara bagi memastikan kepala tukan masak itu menjadi sejuk. Bila sudah mula memasak, mesti panas kan? Jadi, mereka tidak perlulah risau tentang berpeluh ketika memasak. 

Sumber : kng.com

Komen dgn Fesbuk

komen