Kalau anda minum di restoran atau membeli ais batu di kedai runcit, pernahkah anda terfikir ais batu yang diletakkan dalam minuman itu diperbuat dari air masak?

Bayangkan ais yang dimasukkan ke dalam minuman rupanya adalah air paip yang sudah tentu mempunyai ‘Klorin’. So agak-agaknya macam mana nak kenal pasti ais itu berasakan air paip atau air masak?

Ais yang dibuat dari air paip adalah ais blok. Ais ini tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air tercemar. Biasanya ais ini digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging dipasar-pasar basah.

Ais dari air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air dilepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah. 

Pastikan anda periksa terlebih dahulu ciri-ciri seperti yang dinyatakan diatas sebelum membeli ais atau minum di restoran demi kesihatan anda juga.

Sumber : mforum

Komen dgn Fesbuk

komen