Kita sentiasa inginkan maklumat atau tip-tip kecantikan yang boleh dipraktikkan dan sesuai dengan kita. Pastinya diluar sana ramai yang mengetahui beberapa tip untuk cantik. Tapi, tahukah anda ada di antara tip yang anda terima itu salah?

Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Ya, betul ubat gigi mampu merawat jerawat tapi tidak semua jenis ubat gigi boleh digunakan. Untuk mengelakkan iritasi pada kulit, pastikan anda menggunakan ubat gigi yang tiada bahan pemutih.

Atasi Rambut Bercabang Dengan Syampu

Jangan tertipu dengan iklan yang menjanjikan syampu mampu mengatasi masalah rambut bercabang. Ini kerana syampu semata-mata tidak akan dapat mengatasi ataupun mengelakkan rambut bercabang. Kaedah yang lebih mudah adalah potong hujung rambut yang brecabang dan jangan terlalu terdedah di bawah sinaran matahari.  Cegah masalah rambut bercabang dengan rawatan yang lebih baik dan sesekali lakukan rawatan ‘creambath’ di salun.

Kulit Sensitif? Gunakan Kosmetik Semula Jadi 

Tidak semua kosmetik yang mempunyai bahan semula jadi sesuai untuk kulit. Sebelum mencuba sesuatu bahan kosmetik pada wajah, sapukan sedikit pada belakang telinga. Jika terasa gatal dan kemerahan, itu menunjukkan yang kulit anda sensitif kepada bahan yang terdapat dalam produk tersebut.

Kulit Kering Punca Kedutan 

Risaukan kulit kering yang menjadi punca kedutan, kita akan memakai semua jenis krim pelembap untuk mengelakkan kedutan itu. Sebenarnya, inaran cahaya matahari yang berlebihan merupakan punca utama yang menyebabkan kulit berkedut. Untuk melindungi kulit anda lebih lama, pastikan anda menggunakan krim pelindung matahari atau ‘sunblock’ dengan nilai SPF yang tinggi. 20 atau 30 minit sebelum keluar rumah adalah masa yang sesuai untuk memakai ‘sunblock’ bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit.

Rambut Mudah Rosak Jika Kerap Cuci 

Terdapat mitos yang mengatakan mencuci rambut seminggu sekali adalah lebih baik. Salah! Lihat sekeliling kita. Kita sentiasa berdepan dengan persekitaran yang penuh dengan pencemaran. Jika rambut dibiarkan seminggu tanpa dicuci, pasti ia akan menjadi kusam dan cepat rosak, bukan? Oleh itu, rajinkanlah diri untuk mencuci rambut menggunakan syampu yang sesuai setiap hari.

Gosok Gigi Terlalu Kerap Punca Gigi Rosak 

Ada juga mitos yang mengatakan gigi akan rosak kerana amalan menggosok gigi terlalu kerap. Salah tu. Ubat gigi hanya berbahaya jika kita tertelannya kerana ia mengandungi fluorida yang bahaya kepada organ badan. Jadi, jangan risau dan gosoklah gigi setiap kali selepas makan.

 

Sumber: Berita Harian & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen