Ramai diluar sana yang tidak akan keluar menjalani aktiviti harian tanpa memakai wangian. Namun, yang kecewanya apabila kadang-kala wangian yang kita pakai itu tidak kekal baunya sepanjang hari.

Sebenarnya, bau minyak wangi ini boleh dikekalkan pada masa yang lama jika anda tahu bagaimana caranya. Dah lah harga sebotol wangian itu mahal, pastinya anda mahukan ia kekal lama sepanjang hari di tubuh anda kan? Lihat trik ini untuk mengekalkan bau haruman sepanjang hari.

1. Simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap 

Elakkan menyimpan minyak wangi anda di dalam bilik mandi atau tempat yang lembap dan panas. Ini kerana suhu panas, cahaya dan lembap boleh merosakkan aromanya dan mengurangkan lagi kualitinya.

2. Lembapkan kulit sebelum menyembur minyak wangi 

Bahagian kulit yang lembap boleh mengekalkan bau wangian pada kulit lebih lama berbanding jika anda semburkannya pada permukaan kulit yang kering. Jadi, gosokkan Vaseline di titik nadi pada pergelangan tangan sebelum sembur minyak wangi anda.

3. Sembur haruman sejurus selepas mandi dan sebelum bersiap 

Bau haruman akan kekal pada bahagian kulit yang lembap. Ia juga turut dapat mengelakkanbarag kemas atau pakaian anda menjadi pudak kerana minyak wangi.

4. Elak menggosok minyak wangi pada pergelangan tangan selepas menyemburnya 

Anda akan menyebabkan titik utama pada wangian hilang lebih cepat apabila anda menggosok antara pergelangan tangan anda selepas menyembur minyak wangi. Ini turut membuatkan bau minyak wangi anda tidak kekal lama.

5. Semburkan minyak wangi pada titik nadi dan bahagian tubuh yang berhaba

Pilih beberapa target bahagian pada tubuh badan yang berhaba bagi mebantu untuk menyebarkan aromanya ke seluruh tubuh. Semburan minyak wangi pada bahagian buku lali dan betis membolehkan bau haruman itu segar sepanjang hari.

Sumber: Majalah EH!

Komen dgn Fesbuk

komen