Puas anda mencari sana sini petua atau tips nak menghilangkan bau di peti ais anda. Lah, salah rupanya selama ini. Kita tak perlu petua tu semua. Yang kita perlu buat adalah pastikan apa makanan yang tidak sesuai dimasukkan ke peti ais. Jom lihat ‘checklist’ ini.

Kopi

Biji kopi sebenarnya menyerap semua bau-bau yang kurang enak. Kopi akan ‘menarik’ semua bau makanan-makanan yang ada di dalam peti ais anda dan akan menyebabkan makanan anda kehilangan rasa sebenarnya. Jadi, kopi tidak sesuai diletakkan di dalam peti ais.

Tomato & Kentang

Tomato dan kentang akan menjadi lembik jika terdedah kepada suhu sejuk kerana suhu sejuk akan menggalakkan sayuran ini mengecut dan teksturnya akan rosak. Rasa tomato akan menjadi masam jika diletakkan di dalam peti ais selama beberapa hari.

Bawang 

Seperti tomato dan kentang, bawang juga akan menjadi lembik jika diletakkan di dalam peti ais. Malah, bawang juga akan mudah berkulat. Jika anda hanya menggunakan separuh biji bawang dan selebihnya anda simpan di dalam peti air, anda akan nampak lapisannya menjadi kering dan berbau. Jadi, elakkan daripada meletak bawang di dalam peti ais.

Madu 

Madu tidak sesuai diletakkan di dalam suhu yang sejuk. Sebaiknya, letak madu yang bertutup kemas di rak dapur atau atas meja makan sahaja. Meletakkan madu di dalam peti ais akan menyebabkan kelajuan penghabluran gula meningkat dan madu menjadi keras.

Avocado 

Avocado pada awalnya padat dan keras. Anda kena menunggu sehingga ianya menjadi ranum dan mempunyai rasa enak berlemak. Jika disimpan di dalam peti ais, ia akan menghentikan proses ia menjadi ‘masak’ kerana suhu yang tinggi.

Roti 

Jangan tak tahu, ada ramai yang suka meletakkan roti dalam peti ais mereka. Roti akan menjadi keras dan senang berderai jika disejukkan. Namun, rasanya akan menjadi lebih sedap jika roti tersebut dibuat sandwich sebelum disimpan dalam peti ais. Roti putih kosong elok letak diluar peti ais sahaja okay?

 

Sumber: rasa.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen