Makanan sihat semuanya mahal belaka. Tiada lagi ke makanan sihat tetapi yang murah? Hakikat yang anda tidak tahu, masih ada makanan sihat yang murah harganya. Jom lihat perkongsian kami yang akan membanti anda bijak berbelanja makanan sihat demi memastikan diet berjaya dan kesihatan lebih terjaga.

1. RANCANG MENU MINGGUAN 

Anda akan menghabiskan lebih banyak duit jika tiada perancangan dalam pembelian makanan. Bukan itu sahaja, ia juga menambah kalori dalam badan dan merugikan kesihatan. Untuk elakkan ini, buatlah menu mingguan dan senaraikan perbelanjaan yang lengkap.

2. BELI DALAM JUMLAH YANG BANYAK 

Beli bahan makanan untuk tempoh seminggu. Mana tahu, anda akan kebetulan mendapat potongan harga yang murah dengan jumlah pembelian yang banyak? Tetapi pastikan anda menyimpan stok makanan tersebut di tempat yang seterusnya.

3. PILIH SUMBER PROTEIN 

Berbelanja pada sumber protein seperti ayam, ikan, telur, susu beserta kekacang, bijian, berat merah yang amat penting untuk gizi yang seimbang. Ini akan memudahkan anda mempelbagaikan menu setiap hari.

4. BELI MAKANAN SEGAR 

Makanan yang diproses mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan harganya lebih mahal. Gunakan wang dengan membeli buah-buahan segar, sayuran, susu rendah lemak dan biji-bijian.

5. POTONGAN HARGA 

Kebanyaka pasaraya akan melakukan promosi dengan potongan harga. Jangan terlalu ghairah mendapat potongan harga. Pastikan anda beli produk yang berkualiti dan boleh digunakan dengan optimum serta disimpan baik.

6. BAWA SNEK 

Elakkan pembaziran daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat dengan menyediakan snek ringan dan sihat ketika di rumah atau di luar rumah.

7. MASAK LEBIH BANYAK 

Masak dalam jumlah yang banyak dan sebahagiannya boleh dibekukan. Mungkin boleh digunakan ketika anda tidak sempat memasak.

8. RENDAH KALORI DENGAN MAKANAN SIHAT 

Diet rendah kalori dapat membantu menurunkan berat badan, mencegah obesiti dan diabetes. Makanan sihat yang rendah kalori adalah seperti sayuran dan buah-buahan.

9. TANAM DI RUMAH 

Jadikan menanam sayur-sayuran hobi baru anda. Bukan sahaja dapat menjamu mata dengan pemandangan hijau, anda juga akan mempunyai stok sayur sendiri yang lebih bersih dan bermutu khasiatnya.

10. MAKAN DI RUMAH 

Makan di rumah bukan sahaja menyihatkan malah menjimatkan. Jika terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak, belilah alat memasak yang lebih praktikal seperti alat pemanggang.

 

Sumber: rapi.karangkraf.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen