Bahan yang diperlukan: 

  • Roti Paratha segera (frozen)
  • Sos Spagetti segera
  • Sosej dihiris nipis (sebagai topping)
  • Nenas dipotong dadu (sebagai topping)
  • Bawang holland dipotong dadu (sebagai topping)
  • Keju Mozarella (sebagai topping)

Cara membuatnya: 

  1. Sapukan sedikit minyak ke atas dulang pembakar
  2. Keluarkan paratha yang masih beku dan susun di atas dulang pembakar
  3. Sapukan sos spaghetti ke atas paratha tersebut. Boleh ajak si kecil anda untuk lakukan sekali.
  4. Letakkan mozarella cheese sebagai topping base pizza tersebut.
  5. Susun sosej yang telah dihiris. Jika gunakan isi ayam atau daging, elok dimasak separuh masak dahulu.
  6. Tambahkan potongan nenas dan bawang holland. Boleh juga gunakan capsicum atau cendawan.
  7. Taburkan mozarella cheese yang selebihnya atau cheddar cheese untuk rasa yang lebih sedap.
  8. Bakar pizza selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 170 darjah celcius.

Selamat mencuba!

 

Sumber: vitdaily.com

Komen dgn Fesbuk

komen