#30resepiramadhanabangbrian kali ini akan berkongsi resepi menggunakan bahan sunnah, zaitun/minyak zaitun. Seperti biasa, resepi yang Brian kongsikan ini boleh dibuat sahur ataupun berbuka. Jadi, ada pelbagai menu yang anda boleh cuba sempena bulan Ramadhan ini. Jom kita lihat resepi Pasta Aglio Olio ini.

Bahan yang digunakan: 

  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 6-8 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 sudu kecil cili flakes
  • 2 biji cili padi dibelah
  • 1 tangkai daun kari
  • Segenggam daun ketumbar, dicincang
  • Garam dan lada hitam secukupnya
  • Udang (dikopek, simpan kepala dan kulit)
  • 250-300g Spaghetti/fettucine kering yang telah direbus

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan minyak zaitun bersama kulit dan kepala udang. Biarkan reneh atas api sederhana untukk 15 minit. Tapiskan dan kembalikan dalam kuali.
  2. Tumiskan ikan bilis, bawang putih, cili padi, daun kari sehingga harum.
  3. Masukkan udang dan biarkan masak sempurna.
  4. Gaulkan dengan pasta yang telah dimasak dan daun ketumbar
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Sedia dihidang!

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen