Artikel ini diambil daripada perkongsian Puan Pnut Syafinaz di Facebook beliau yang ditulis di thevocket.com. Beliau berkongsi tentang resepi masakan cepat siap yang boleh digunakan ketika bulan puasa nanti bagi menjimatkan masa memasak.

Berikut adalah antara resepi-resepi yang boleh dikongsikan:-

1. KUIH CARA TUNA CHEESE 

Bahan yang digunakan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air (ini adjust ikut kesesuaian, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair)
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau atau kuning
    *Kisar semua bahan ni dalam blender sampai halus

Cara membuatnya:

  1. Satu tin tuna gaul dengan sedikit lada sulah, lada hitam kasar sedikit garam
    cheese parut (or slice potong-potong)
  2. Sudukan adunan tepung dalam acuan kuih cara, letakkan tuna, dan letak cheese.
  3. Bakar atas dapur, dan pastikan ada penutup kecil tutup acuan kuih cara agar wap panas boleh cepat masakkan tepung dan bahagian atas.

2. DONUT 

Bahan yang digunakan:

  • 20 g yis basah (fresh yeast)
  • 125 ml susu segar suam
  • 25 g mentega (dicairkan)
  • 2 kuning telur
  • 250 gram tepung gandum
  • 1-2 sudu besar gula castor
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula castor secukupnya untuk taburan

Cara membuatnya:

  1. Campurkan yis dengan sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
  2. Ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan yang lain, curahkan campuran yis tadi di tengah-tengah tepung kemudian gaul sebati.
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh ke dalam mangkuk besar, tutup dengan cling film selama 1 jam.
  4. Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm. Ambil penerap bulat, terap hingga habis.
  5. Biarkan donut tadi atas dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 minit.  Goreng sehingga keperangan dengan api perlahan.

3. DAGING KISAR BEREMPAH 

Bahan yang digunakan:

  • 1 bungkus daging kisar
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit lada hitam kasar
  • garam gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Rempah, bawang putih, bawang merah di kisar
  2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak
  3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering.
  4. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.

4. PASTE ASAM PEDAS

Bahan yang digunakan:

  • cili kering digunting dan direbus
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit kunyit hidup
  • 20-30 biji bawang kecil
  • 10-20 biji bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Serai (diketuk)

Cara membuatnya:

  1. Kisar halus cili kering, bawang, bawang, belacan
    Tumiskan semua blender masak sampai kering dan serai
  2. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  3. Masukkan air asam jawa secukup rasa, garam dan gula.
  4. Tumiskan sampai betul-betul garing dan naik minyak.
  5. Sejukkan simpan dalam portion kecik macam tu, nak masak nanti cuma defrost dan tambah air sahaja, then tambahkan ayam atau ikan yang disukai, terung, bendi dan sebagainya.

5. SAMBAL GESEK / TUK TUK JAWA

Bahan yang diperlukan:

  • 8 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 8 ulas bawang kecil (
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (dibakar dulu)
  • 4 biji limau kasturi
  • Garam dan gula
  • Segenggam ikan bilis (digoreng separuh masak)
  • 1 sudu minyak masak

Cara membuatnya:

  1. Patah-patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang
  2. Goreng bahan-bahan ni dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 or 1 sudu minyak masak je.
  3. Angkat toskan minyak.
  4. Tumbuk dengan lesung batu bahan di goreng tadi dengan belacan, garam dan gula.
  5. Tumbuk sekali dgn ikan bilis.
  6. Perah limau kasturi, dan gaulkan.

6. PASTE REMPAH KARI KURMA 

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bahan-bahan kari kalian seperti biasa.
  2. Masak sampai garing, sejukkan dan simpan ikut portion or bekas kecil-kecil.
  3. Siapkan dengan perahan asam jawa, garam dan gula

7. PUFF KOBOI

Bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus roti canai segera (mentah)
  • Beberapa batang sosej (potong dua)
  • Telur kuning untuk disapu

Cara membuatnya:

  1. Potong roti canai 4 bahagian macam tu
  2. Lipatkan macam dalam gambar
  3. Kelar-kelarkan sedikit, sapu telur kuning
  4. Bakar selama 20 minit.

8. PASTE SAMBAL PETAI

Bahan yang diperlukan:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Garam gula secukup rasa
  • Semangkuk besar air asam jawa
  • 20 biji bawang putih

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bahan kisar 
  2. Masukkan garam dan gula
  3. Masak sampai garing dan naik minyak
  4. MAsukkan air asam jawa
  5. Masakkan sekali lagi sehingga kering air dan jadi pekat macam dalam gambar 

9. PIZZA KOBOI 

Bahan yang diperlukan:

  • Roti canai segera / roti paratha
  • Sos spagethi / sos Thousand Island / sos cili
  • sosej / tuna / ayam / carb stick
  • Cheese

Cara membuatnya:

  1. Letak roti canai atau roti pizza atas dulang
  2. Sapu sos spagethi atau sos cili
  3. Tambah sosej / tuna / ayam / carb stick dan cheese

10. KELI SAMBAL HIJAU 

Bahan yang diperlukan:

  • cili hijau dan segenggam cili padi hijau
  • biji bawang besar
  • biji bawang putih
  • 5-6 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 batang serai.
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Ketuk-ketuk serai, dan tumiskan
  2. Masukkan bahan kisar tadi
  3. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  4. Masaklah sampai garing dan naik minyak.

11. PASTRY PUFF 

Bahan yang diperlukan:

  • ubi kentang(dipotong dadu)
  • lobak merah (dipotong dadu)
  • lada sulah
  • lada hitam kasar
  • bawang holand (dipotong dadu)
  • bawang putih (dicincang)
  • sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub ayam

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bawang
  2. Masukkan dua tiga sudu air
  3. Masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam, kiub ayam
  4. Masukkan garam dan gula sesukup rasa
  5. Masukkan air dan masukkan kentang
  6. Masukkan lobak merah. Masak sampai kentang dan lobak merah empuk.
  7. Letak inti atas sekeping pastry puff, lipat, dan kemudian tekan dengan garfu hujungnya biar melekat.

12. PERENCAH SUP 

Bahan yang diperlukan:

  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia

Cara membuatnya:

  1. Tumis semua bahan dengan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala
  2. Masak sehingga naik minyak
  3. Simpan dalam bekas

Sumber: thevocket & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen