Siri #30ResepiRamadhanAbangBrian kali ini sangat istimewa kerana Brian akan kongsikan resepi Rendang Ayam Cili Api WOW! Kenapa ada wow? Haaa. Resepi kali ini Brian gunakan perkakas yang Brian ada war-warkan di CJ Wow Shop iaitu Zucca Marble Pan set. Kalau memasak menggunakan Zucca Marble Pan, guna mintak yang sikit pun tak mengapa sebab salutan batu mammarnya tidak melekat! Bagus kan? Tak perlu letak minyak banyak dah lepas ini.

Jom kita lihat apa bahan yang diperlukan dan cara membuat Rendang ayam Cili Api WOW ini!

Bahan yang diperlukan: 

  • 1/2 ayam, dipotong ikut saiz diingini
  • 500ml santan
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu besar kerisik
  • 5 cili api, dibelah dua
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 5 daun limau purut,dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • Asam keping

Bahan kisar:- 

  • 10 cili kering, direndam
  • 1 bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras

Bahan rempah:- 

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara membuatnya: 

  1.  Gaulkan ayam dengan rempah dan garam. Biarkan selama 15 minit. Goreng dlm minyak secukupnya (separuh masak je). Toskan minyak berlebihan.
  2. Dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan gula melaka.
  4. Masukkan bahan lain kecuali ayam dan daun kunyit. Masak sehingga memekat
  5. Masukkan ayam dan daun kunyit. Gaul mesra.
  6. Bila ayam dah masak sepenuhnya, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen