Tadaaa! Ini adalah antara resepi #30ResepiRamadhanAbangBrian untuk kali ini. Seperti biasa, Abang Brian akan gunakan bahan sunnah, kurma di dalam resepi ini.

Kali ini, resepinya adalah Pudding Roti Kurma. Senang sahaja caranya. Anda boleh cuba sebagai hidangan berbuka nanti.

Jom lihat bahan apa yang diperlukan dan bagaimana ingin membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

Bahan A

  • 1 1/2 sudu besar jem oren
  • 1 sudu besar gula kaster
  • 3 telur, dipukul
  • 2 cawan susu
  • 2 sudu besar santan
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Bahan B

  • 9 keping roti, dipotong kiub kasar
  • Segenggam kurma/kismis, dibuang biji dan dipotong kasar
  • Segenggam kacang badam, disangai

Cara membuatnya: 

  1. Pukulkan kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Rendamkan roti dalam campuran tersebut untuk 5 minit.
  3. Taburkan kurma dan kekacang dan tuangkan dalam loyang yang telah dilapikkan kertas pembakar.
  4. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  5. Hidangkan dengan sos butterscotch santan.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen