Kini, semakin ramai yang memiliki mesin jahit mudah alih atau portable yang memudahkan pergerakan ke sana ke sini untuk menjahit. Mereka tidak perlu lagi hanya duduk di satu tempat untuk menjahit.

Dengan adanya mesin jahit portable ini, ia akan memudahkan anda untuk menjahit dengan reka bentuknya yang sedikit kecil berbanding mesin jahit biasa.

Akan tetapi, bagaimana anda menjaga mesin jahit anda ini? Ini kami kongsikan tip menjada mesin jahit portable.

  1. Setiap mesin portable mempunyai lampu, pastikan suiz di off setiap kali siap menjahit.  Lampu mesin jahit yang dibiarkan terpasang terlalu lama dengan mendorong mentol cepat terbakar.
  2. Gunakan peralatan yang betul mengikut model mesin. Contohnya mesin jahit portable (mudah alih) menggunakan bobbin plastik dan mesin jahit hitam (berkaki) menggunakan bobbin besi.
  3. Hadkan jumlah jahitan anda dalam satu-satu masa. Contohnya setelah digunakan untuk menjahit sepasang baju hendaklah di rehatkan mesin buat seketika bagi menyejukan kembali kepanasan motor.
  4. Sentiasa letakkan minyak mesin pada setiap bahagian mesin yang bergerak. Guna minyak mesin yang bersesuian yang mana mudah diperolehi dari kedai peralatan jahitan dan kedai mesin jahit.
  5. Menggunakan size jarum yang betul mengikut jenis kain yang dijahit.

Sumber: Facebook Pusat Jahitan Senireka Cemerlang & Google (gambar)

#contestabangbrian

Komen dgn Fesbuk

komen