Migrain merupakan sakit kepala yang sering dihadapi oleh orang dewasa yang biasanya pada peringkat awal umur 20 – 40 tahun. Sakitnya disebabkan oleh sensiviti pada cahaya, bunyi, lenguh pada otot bahu atau kaki dan pesakit terpaksa menahan rasa sakit berjam lamanya.

Rupanya terdapat 7 jenis migrain yang diklasifikasikan didalam 3 sistem oleh International Headache Society. Jom kit lihat antara jenis-jenis migrain. 

Migrain tanpa Aura : Sakit kepala biasa yang dialami pada sebelah wajah dengan simptom loya, penglihatan kabur, mood berubah-rubah, pitam dan sensitif pada cahaya serta bau. Sakit biasanya selama 4 – 72 jam dan ianya akan berulang beberapa kali selama setahun atau beberapa kali pada setiap minggu. 

Migrain Aura : Terdapat simptom dapat dirasai 60 – 10 minit sebelum penglihatan anda menjadi kabur dan sakit kepala mula dirasai. Migrain aura biasanya sakit yang tidak berpanjangan dan ianya boleh berlaku tanpa sakit kepala. Anda boleh mengalami sakit otot, sendi, lenguh dibahagian muka dan mengalami kekeliruan.

Migrain tanpa sakit kepala : Sama seperti migrain aura, cuma ada pakar mengatakan demam, pening atau sakit badan juga salah satu migrain yang tidak tertumpu pada kepala.

Migrain Aura pada otak : Biasanya menyerang kanak-kanak dan remaja, simptom Migrain Aura dari pergerakan motor otak yang lemah. Remaja perempuan selalu mengalaminya pada waktu haid. Antara simptom Migrain Aura pada otak ialah pergerakan otot lemah, pening, penglihatan kabur atau berganda, hilang imbangan badan, sakit telinga dan tidak berupaya bercakap. Sakit ini boleh datang secara tiba-tiba dan boleh dirasai pada kedua-dua belah dan belakang kepala. 

Migrain Hemiplegia : Ia jarang berlaku namun boleh menyebabkan kelumpuhan sementara separuh badan selama beberapa hari atau ketika sakit kepala. Antara simptom yang dapat dirasai ialah hilang imbangan badan, masalah untuk bercakap, mendengar atau menelan. 

Migrain Retina : Sakit kepala bersama masalah penghilatan atau gangguan pada sebelah mata. 

Migrain Kronik : Berlaku selama 15 hari sebulan atau sepanjang 3 bulan dimana anda akan sakit kepala selama 8 hari setiap bulan. Jika ini berlaku, anda dinasihatkan untuk menjalani rawatan perubatan dan mengurangkan aktiviti harian.

Sumber : wanista