Ada tak pernah terfikir yang cara kita masak sekarang ini tak sama dengan cara orang dulu-dulu? Kita mungkin ikut resepi mereka, tetapi cara nya? Adakah sama? Jom tengok petua orang dulu-dulu yang bukan sahaja mak-mak sekarang ini je boleh ikut, anda pun boleh ikut sekali.

1. Bersihkan Sotong 

Jika anda biarkan sotong direndam dalam air beras selama 10 minit, anda akan mendapati bahawa kulit sotong akan lekang dan senang dicuci serta baunya juga hilang. Anda juga boleh merendamkan surat khabar lama bersama-sama sotong sebelum ramat surat khabar tersebut pada badan sotong. Anda akan lihat kulitnya mudah keluar dan sedia dicuci.

2. Pilih Nanas 

Jika ingin memilih nanas, pilihlah nanas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol. Pastikan warna kulitnya kuning keemasan, cerah dan tiada bintik-bintik putih.

3. Kekalkan Sedap Ikan Beku 

Kita sedia maklum bahawa ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cuba rendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit dan masak seperti biasa. ‘Confirm’ ikan segar semula dan enak dimakan.

4. Hindari Bau Busuk Kulit Udang 

Cara untuk menghilangkan bau busuk kulit udang adalah dengan menyiram kulit udang dengan air panas sebelum dibungkus dan dibuang ke tong sampah. Petua ini juga akan mengelakkan lalat daripada hinggap.

5. Cara Simpan Rempah 

Petua orang dulu-dulu dalam menyimpan rempah adalah dalam bekas bertutup dan tidak terkena cahaya matahari. Rempah kering boleh disimpan dan tahan hanya selama setahun. Jika lebih setahun, rasa rempah itu akan berkurangan dan kemungkinan hilang rasanya terus.

 

Sumber: mingguanwanita.my & Google (gambar)