Berkebun atau bercucuk tanam bukan sahaja mengasyikkan, malah dapat menyihatkan fizikal dan mental anda juga. Apa kebaikan yang kita dapat dari berkebun? Ini yang dinyatakan oleh Times of India (29/12).

1. Tempat bersantai yang menyegarkan 

Bekerja di kawasan atau tempat bertutup pastinya menyedut semua tenaga dan semangat anda. Kebun atau kawasan penanaman seperti inilah yang akan mengembalikan kesegaran tubuh anda. Anda bukan sahaja dapat berinteraksi bersama tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar, anda juga dapat bersantai di ruang terbuka menghirup udara segar. Ia akan membuatkan anda kembali tenang dan lebih santai.

2. Membakar kalori 

Jika anda mempunyai kawasan yang luas untuk berkebun, anda mampu untuk menanam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Mulai dari sayuran, buahan, tanaman herba, bunga dan sebagainya. Berkebun merupakan satu cara ideal untuk bersenam dan membakar kalori. Malah, ia juga akan meningkatkan kualiti tidur anda di waktu malam. Senang untuk menjaga berat badan bukan?

3. Kebun penuh nutrisi

Apabila boleh menanam sendiri tumbuh-tumbuhan, sudah pasti anda akan menanamnya secara organik. Tidak perlu lagi anda membeli bahan makanan organik yang mahal di pasaran. Anda boleh mula dengan menanam tumbuhan herba yang mudah dirawat. Menanam tanaman sendiri tentunya lebih aman dan menyenangkan. Iyalah, bila diperlukan, boleh terus petik di kebun. Rasanya pun lebih enak. Tanaman di kebun juga akan memberikan anda cukup oksigen dan udara segar setiap hari.

Sumber: merdeka.com & google (gambar)