Bakso merupakan makanan yang popular di Indonesia. Di Malaysia juga tidak kurang popularnya. Banyak kedai sudah menjual bakso sebagai salah satu menu masakan mereka. Mudah sahaja cara membuatnya. Boleh dijadikan sarapan, makanan tengah hari ataupun makanan malam.

Jom cuba!

Bahan yang diperlukan: 

BAHAN A:

  • 500gm daging kisar
  • 50gm tepung sagu
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit lada putih

BAHAN B:

  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • 20gm mi kuning | direndam air suam seketika
  • Sedikit taugeh

BAHAN SUP:

  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 batang daun bawang
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya: 

1.  Campurkan bahan A di dalam mangkuk dan uli sebati. Bentukkan adunan menjadi bentuk bebola dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

2.  Didihkan air di dalam periuk dan rebus bebola daging sehingga timbul di permukaan air. Simpan air rebusan.

3.  Panaskan air rebusan, masukkan bawang merah, daun bawang dan garam. Biarkan mendidih.

4.  Masukkan bahan B dan bebola daging ke dalam mangkuk. Tuangkan sup.

5.  Sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)