Tip Penjagaan Susu Segar Agar Kekal Sedap
Bagaimana nak pastikan kesegaran susu. !!
1) Jangan Simpan susu segar anda di tepi pintu peti sejuk. Kawasan ini akan memendekkan jangka hayat susu anda. Perubahan suhu pada 8 – 10 celcius menyebabkan bakteria tak duduk diam.
2) Pastikan suhu peti sejuk adalah paras 1-4 celcius ke bawah dan pastikan susu yang anda beli dalam keadaan baik sebelum tarikh luput.
3) Setelah di buka, perlu habiskan dalam masa 3 hari untuk memastikan kesegaranya. Susu yang segar adalah sedap untuk di minum.
4) Jika anda membeli di pasaraya, pastikan anda membeli pada akhir perjalanan setelah anda puas mencari segala barangan keperluan yang lain. Setelah susu dibeli sila pastikan susu disejukkan secepat yang mungkin.
Selamat Minum Susu Segar !!
Sumber : Facebook Farm Fresh dan google (gambar)

