4 Cara Untuk Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan
Apabila kta memotong cili kering ataupun selepas menumbuk cili padi, tangan kita selalunya tangan akan terasa pijar dan pedih. Terkena sikit sahaja cili, tangan dah rasa pedih dan tidak selesa. Inikan pula nak menyediakan bahan cili yang banyak sebagai ramuan masakan untuk rumah terbuka nanti.
Risau akan situasi ini terjadi kerana ia boleh menyebabkan kita rasa tidak selesa sepanjang hari dan sekali gus mengganggu keceriaan dan mood menyambut tetamu. Oleh itu, jom ikut beberapa petua mudah untuk segera redakannya dan cuba atasi pijar tangan.
Genggam gula
Ambil gula dan letakkan di tapak tangan. Kemudian genggam dan dalam masa yang sama cuba sapu rata di seluruh tangan. Kemudian barulah dicuci bersih.

Rendaman Air Garam
Sediakan sebekas air suam dan masukkan garam ke dalamnya. Kemudian rendamkan tangan anda sehingga anda berasa selesa. Selepas itu cuci dengan air bersih.

Ramas beras
Masukkan tangan anda ke dalam bekas beras dan ramas-ramas beras tersebut beberapa kali. Kemudian barulah dicuci bersih dengan sabun dan air yang mengalir.

Panaskan
Apa yang perlu anda buat adalah buka api dapur dan biarkan tangan anda terasa haba api tersebut buat seketika. Jangan pula letak terlalu dekad dengan api, cukup sekadar anda merasakan haba api tersebut. Setelah itu, cuci dengan sabun dan air paip yang mengalir.
Sumber: keluarga.my & google (gambar)


