Jika anda sudah memutuskan untuk berdiet, jangan sampai memudaratkan diri anda. Pilihlah jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda. Jom kita tengok 5 fakta diet yang anda perlu ketahui.

1. Kalau anda 20 tahun…

Jika umur anda sekarang sekitar 20-30 tahun, pastikan sumber kalsium ada dalam menu diet anda. Ini kerana tulang kerangka manusia mula terbentuk sekitar usia 20-an. Gigi dan tulang akan menjadi sihat jika mengambil kalsium yang mencukupi. Anda juga disarankan memperbanyakkan pengambilan protein kerana pada usia ini, anda sedang bergerak aktif. Protein penting untuk membekalkan tenaga.

2. Catu snek! 

Nak makan snek, boleh. Tapi kena kawal! Anda boleh memakan snek dua kali seminggu. Tapi, lepas makan snek jangan lupa bersenam pula ya! Baru boleh membakar balik kalori yang anda ambil tadi.

Jangan tahan diri daripada mengambil snek kerana khuatir anda akan lupa diri dan ‘membalas dendam’. Makan secara bijak. Sekiranya anda suka makan coklat, anda boleh memilih untuk mengambil coklat dengan kismis. Ataupun anda boleh memakan buah-buahan yang dicicah dengan coklat.

3. Pagi-pagi 

Minum jus buah atau susu setiap kali ketika bersarapan bagi membuatkan anda berasa kenyang pada waktu pagi. Kemudian, makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Semangkuk bijirin bersama susu sudah cukup memadai.

4. Oh, ‘penipu’ rupanya! 

Terung goreng berlada dengan sepinggan spageti. Mana satu pilihan anda? Jika anda memilih terung, anda salah! Ya, terung itu sayur tetapi ia tidak baik kerana digoreng. Terung adalah jenis sayuran yang mudah menyerap minyak. Apa lagi jika digoreng berlada. Sedap memang sedap, tetapi kalorinya tinggi!

Lebih baik anda memakan sepinggan spageti yang kaya protein (dari sos tomato dan daging) serta karbohidrat (pasta). Atau pilihlah wafel dengan mentega kacang berbanding roti gandum dengan krim keju. Makanan ‘penipu’ seperti terung goreng dan roti gandum dengan krim keju harus anda jauhi. Buatlah pilihan yang bijak.

5. Apa tu Diet Zone? 

Ini merupakan diet pilihan Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker. Mereka mengamalkan pengambilan makanan rendah karbohidrat dan lemak. Cara ini akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam masa 24 jam.

Pastikan makanan yang mahu diambil mengandungi 40% karbohidrat, 30% protein dan 30% lemak. Tidak terlalu lebih dan tidak terlalu kurang. Jadikan buah atau biskut bijirin sebagai kudapan ringan dan ambilnya dalam kuantiti yang kecil.

Sumber: rapi.karangkraf.com & Google (gambar)