Negara Malaysia terkenal dengan makanan pedas sehinggakan ada sesetengah dari rakyat Malaysia tidak mempunyai selera makan jika tiada sambal atau cili dalam makanan itu. Yela mana taknya, rasa pedas itu kan umpama mengikat selera makan. Gitchew! Hehe.

Tahukah anda, ada 5 jenis cili yang diberi gelaran cili terpedas di dunia dengan istilah Scoffield Heat Unit (SHU) yang menunjukkan jumlah capsaicin iaitu zat kimia yang menimbulkan rasa pedas pada cili itu. 

cilili-e1479272123771

  • Carolina Reaper [1,569,300+ SHU]

Ini merupakan cili terpedas dengan bentuknya yang sangat unik iaitu dikenali sebagai Carolina Reaper (berasal dari Rockhill, South Carolina). Bukan itu sahaja cili ini juga mendapat gelaran cili terpedas di dunia oleh Guiness World Records pada 7 Ogos 2013.Kalau anda makan cili ini, anda akan rasa pedas 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. Jika anda memakannya, maka anda akan merasakan kepedasan 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. 

cili2-e1479271801968

  • Naga Viper [1,382,118 SHU]

Naga Viper merupakan tanaman hibrid dari cili lain seperti Bhut Jolokia dan Trinidad Moruga Scorpion. Cili ini mula menjadi bualan ramai apabila ia dilabelkan cili paling pedas di dunia pada tahun 2011. 

cili3-e1479271861312

  • Trinidad Moruga Scorpion [1,200,000+ SHU]

Salah satu cili terpedas yang berasal dari Trinidad dan Tobago yang dikenali sebagai Moruga Scorpion (Capiscum Chinense).

cili4-e1479271919938

  • Infinity Chili [1,067,286 SHU]

Ia menggantikan kedudukan Bhut Jolokia sebagai cili terpedas dunia versi Guiness World Records pada Februari 2011. Sayangnya, ia hanya sempat memegang gelaran ini selama dua minggu. Infinity Chili merupakan cili hibrid dari spesies Capsicum Chinense.

cili5-e1479272031530

  • Bhut Jolokia (1,041,427 SHU)

Bhut Jolokia yang lebih dikenali sebagai Ghost Pepper sempat merangkul gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records tahun 2007. Cili dari India ini mempunyai rasa 400 kali lebih pedas daripada Sos Tabasco.

Haaa macam mana?Ada berani tak untuk mencampurkan cili-cili diatas dalam masakan anda? Jaga-jaga Cik Salmah! 

Sumber : nationalgeographic