Tips Memilih Labu Kuning
Apabila suka rasa manis dan berjus dalam berbagai makanan, Anda harus cermat memilih labu kuning.
Berikut ini adalah tips yang dapat anda ikut semasa membeli labu kuning di pasar.
Bentuk Kecil dan Pendek
Labu yang baik untuk masakan adalah labu dengan tekstur yang lembut dan berpati (berjus), bukan labu yang berserabut. Oleh kerana itu, carilah labu yang lebih kecil dan kuning. Bentuknya lebih pendek dan lebih kecil daripada labu parang, tapi lebih lembut dan enak. Jika Anda berbelanja di pasaraya, carilah labu kuning dengan jenis sugar pumpkin atau pie pumpkin. Labu jenis ini lebih manis.
Tangkai yang Kuat
Cari labu dengan tangkai yang masih segar dan besar. Tangkai akan menandakan kesegaran labu. Berbeza dengan tangkai labu yang kelihatan mengering dan keriting itu bermaksud labu tersebut telah lama disimpan. Perhatikan juga tanda-tanda lain di tangkai, jangan ambil yang lembab dan berselubung lapisan putih atau kehitaman.
Warna Cerah
Labu kuning memiliki warna kulit jingga yang cerah. tetapi, tidak perlu dirisaukan jika kulit labu berwarna sedikit tidak rata. Ini adalah kerana terdapat sedikit variasi warna sahaja. Selain itu, jangan pilih labu yang berwarna kehitaman, lagi-lagi jika bahagian yang hitam itu lembek. Ini menandakan bahawa labu tersebut sudah pernah jatuh.
Berat dan Padat
Anda perlu memilih labu berukuran kecil, agak juga beratnya. Jangan sampai memilih labu yang ringan. Labu yang lebih berat menandakan kadar air yang tinggi. Itu menjadikan tekstur labu akan lebih lembut dan lembab.
Suara Berongga
Cara untuk mengetahui keadaan labu ini cukup unik, iaitu dengan mengetuk kulitnya. Labu yang baik dan matang akan mengeluarkan bunyi yang agak bergema, itu menandakan adanya rongga di dalam labu. Jika ketukan terasa datar-datar saja, kemungkinan labu belum matang atau telah busuk.
Sumber : sajiansedap.com dan google (gambar)