Wanita dan kecantikan sememangnya sukar untuk dipisahkan. Hari ini saya ingin berkongsi tips menggunakan bahan semulajadi untuk digunakan sebagaikan masker.

1. MASKER MADU 

Rasanya yang manis dan terkenal dengan khasiat dalam kesihatan, penggunaan madu juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Jika kamu inginkan kulit wajah dan leher lebih gebu cuba ini. Sapukan madu pada seluruh wajah dan leher. Kemudian, biarkan selama 15 minit sehingga ia kering. Selepas itu, basuh bersih wajah kamu dengan air suam. Amalkannya selalu, insya-Allah kulit wajah lebih lembut, gebu lagi halus.

2. MASKER PISANG 

Lenyekkan sebiji pisang yang sudah cukup ranum. Kemudian tambahkan sedikit madu lalu oleskan ke seluruhan wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu bilas dengan air suam dan segarkan kemudian dengan air sejuk. Lakukan secara teratur dan konsisten, hasilnya kulit kamu kelihatan lebih lembut dan bersih. Dalam masa sama, masker ini berupaya mengurangi kedutan pada wajah. Selain berfungsi melembutkan kulit wajah, masker pisang berupaya merawat rambut agar lebih sihat.

3. MASKER LIMAU NIPIS

Cuci bersih limau nipis lalu hiris. Kemudian, perah airnya untuk diminum. Kulit limau nipis jangan dibuang, seeloknya ambil kulit limau nipis dan usapkan pada wajah yang sudah bersih. Ritual ini dikatakan baik untuk mengawal minyak berlebihan pada wajah.

4. MASKER TIMUN

Ambil 1⁄2 biji timun, satu camca teh perahan lemon dan satu camca teh air perahan daun pudina. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar lalu kisar sehingga halus. Selepas itu masukkan ke dalam bekas bertutup kecil dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.

Kemudian keluarkan bekas tersebut dan sapu rata pada seluruh wajah.  Biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air suam terlebih  dahulu diikuti dengan air  sejuk. Gunakan masker ini secara teratur sekali seminggu kerana ia berupaya menghilangkan kotoran pada wajah.

5. MASKER TOMATO 

Masker ini amat baik untuk kamu yang memiliki kulit berminyak.  Caranya, hancurkan sebiji buah tomato lalu sapukan pada wajah. Biarkan ia kering selama 15 minit lalu bilas dengan air suam.

Selamat Mencuba.

 

Sumber : http://intrend.com.my/gaya-hidup/kesihatan dan google (gambar)