Secara jujurnya, kalau anda betul menghayati segala bahan makanan yang ada di dapur anda mesti anda akan rasa  ‘pergh! jimat betul duit aku’. Yela mana tak jimatnya kalau bahan makanan tu bukan setakat boleh makan tetapi boleh dijadikan bahan untuk kecantikan juga.

Salah satunya kunyit kerana ia mengandungi bahan yang boleh membantu mencegah timbulnya jerawat, kecutkan jerawat, hilangkan garis halus dan anti aging. Haa banyakkan manfaat dia?

Jom Abang Brian rungkaikan lagi kebaikan masker kunyit untuk wajah.

Jerawat – Kunyit dapat membantu menyembuhkan jerawat dan menjaga kebersihan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu mengendalikan sebum supaya jerawat tidak akan timbul lagi.

Pigmentasi – Pigmentasi akan selalu terjadi apabila badan kita mendapat perubahan hormon dan sinaran matahari yang terlampau lama. So, kunyit ini merupakan satu ‘agent’ untuk mengurangi masalah pigmentasi.

Mencerahkan Kulit – Nak cerah tanpa menggunakan injection atau pil? Haa kunyit adalah penyelesaiannya!!

Stretch Marks – Kalau anda amalkan penggunaan kunyit, mesti sketch marks itu dapat dikurangkan atau dihilangkan.

Melembapkan – Haa kunyit merupakan bahan semulajadi yang sangat bagus untuk membaik pulih masalah kulit kering. Hanya campurkan bersama susu dan sapu pada kulit anda.

Membersihkan Kulit – Kunyit yang dicampurkan bersama susu yang berkrim dapat membantu membersihkan kulit dan dapat mengurangkan bulu halus pada kulit.

Anti-Aging – Bagus untuk membantu melambatkan penuaan kerana antioksidan yang ada dalamnya memainkan peranan penting untuk ‘bekerja’.

Sumber : tipkecantikan.com