Petua Menyimpan Kelapa Parut
Kelapa parut merupakan isi buah kelapa yang telah diparut menjadi serabut-serabut warna putih. Kelapa parut memiliki rasa yang tersendiri dan aroma yang khas, sehinggassesuai untuk dijadikan pelbagai jenis pencuci mulut dan kuih-muih.
Hasil kepala parut ini datang selepas santannya sudah diperah. Namun, kelapa parut dapat cepat basi jika tidak disimpan dengan baik.
Cara-cara untuk menyimpan kelapa parut agar lebih tahan lama, iaitu dengan menggumpalkan kelapa parut membentuk bola–bola berukuran sederhana. Lalu simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air.
Selepas itu, bekas atau plastik tersebut mestilah ditutup rapat dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 – 4 bulan. Dengan begitu, kelapa parut yang tidak habis dipakai boleh disimpan dalam jangka waktu yang lebih lama.
Sumber : https://student.cnnindonesia.com dan google (gambar)


